Enter feathersite.com

Monday, February 22, 2010

Cara Ternakan


Saya bermula dengan sepasang induk ayam texas usa dan sepasang ayam sabong philipine. Saya memperolehinya daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Dan sudah semestinya ianya memrupakan ayam import yang tulen. Reban untuk membolehkan ianya mengawan perlulah disediakan dan begitu juga tempat ianya bertelur. Sebaiknya buatlah di kawasan yang kering dan tidak menakung air semasa hujan.
Setelah dibiarkan bersama-sama pasangan masing-masing lebih kurang lebih sebulan,barulah ianya akan mula bertelur dalam lingkungn 20-30 biji telur kadang-kadang mencecah sehingga 40 lebih biji telur, ianya bergantung kepada pemakanan dan nutrisi serta vitamin yang diberi kepada ayam.
Mengikut pengalaman saya, penggunaan cara pengeraman secara biasa iaitu dengan membiarkan ibu ayam mengeram telur adalah lebih baikdaripada penggunaan inkubator jika kita benar-benar mahu menghasilkan baka yang berkualiti.Telur akan menetas diantara 29 hari hingga 35 hari, bergantung kepada pengeraman ibu ayam itu.
Setelah menetas, adalah lebih baik anak ayam itu dibiarkan bersama ibu nya selama 2 hari sebelum ianya disimpat ditempat yang lebih selamat. sediakan lampu untuk memanaskan badan anak-anak ayam itu kerana, ianya belum boleh menghasilkan haba melalui badannya sendiri. Gunakan lampu sehingga umurnya dalam sebaik-baiknya 3 minggu. Sediakan juga netting untuk mengelakkan nyamuk daripada mengigit anak ayam ini, kerana ayam ini sangat sensitif ketika kecil.
Setelah berumur dalam 2 bulan boleh lah ayam-ayam ini di lepaskan di tempat yang lapang untuk proses perkembangan tulang dan otot yang lebih kuat. Setelah umur mencecah 6 bulan barulah di asingkan semua ayam jantan dan di ikat di rumah A yang dibuat.

4 comments:

  1. saya ada seekor ayam texas,untuk permulaan,blh x gtau cmna cara menjaganya dan menggemukkannya,

    ReplyDelete